EKONOMI

Tempoh permohonan URUS dilanjutkan sehingga 31 Mac 2022

25/01/2022 03:40 PM

KUALA LUMPUR, 25 Jan -- Permohonan untuk Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS) dilanjutkan sehingga 31 Mac, 2022 atau sehingga tamat tempoh program bantuan banjir bagi pelanggan B50 yang layak yang menyertai program bantuan banjir bank-bank.

Bank Negara Malaysia (BNM) berkata walaupun aktiviti ekonomi dibenarkan untuk diteruskan, bank pusat itu menyedari bahawa ramai lagi yang memerlukan bantuan sehingga mereka boleh berdiri semula, terutamanya selepas berlakunya banjir baru-baru ini.

“Lanjutan tempoh permohonan URUS itu adalah bertujuan untuk perkara tersebut. Hubungi bank anda jika anda memerlukan lebih banyak maklumat atau pelan bantuan yang lebih bersesuaian,” jelas BNM menerusi akaun Twitternya. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan