EKONOMI

Rizab antarabangsa Bank Negara berjumlah US$116.2 bilion setakat 14 Jan 2022

24/01/2022 04:33 PM

KUALA LUMPUR, 24 Jan  -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah US$116.2 bilion setakat 14 Jan, 2022.

Bank pusat dalam satu kenyataan hari ini berkata paras rizab ini memadai untuk membiayai 7.4 bulan import tertangguh dan 1.2 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek. 

BNM berkata komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (US$102.6 bilion), kedudukan rizab IMF (US$1.4 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (US$6.0 bilion), emas (US$2.3 bilion), dan aset rizab lain (US$3.9 bilion).

Aset pula terdiri daripada emas, pertukaran asing dan rizab lain termasuk SDR (RM484.17 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.21 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM875.33 juta), pinjaman dan pendahuluan (RM22.87 billion), tanah dan bangunan (RM4.16 bilion) dan aset lain  (RM21.30 bilion).

Modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar berjumlah RM100 juta, rizab (RM182.21 bilion), mata wang dalam edaran (RM153.10 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM145.40 bilion), deposit kerajaan persekutuan ((RM17.29 bilion), deposit lain (RM6.10 bilion), kertas Bank Negara (RM7.28 bilion), peruntukan SDR (RM28.15 bilion) dan liabiliti lain (RM5.96 bilion).

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan