DUNIA

Menteri Dalam Negeri Malaysia akan adakan lawatan kerja ke Indonesia

22/01/2022 08:30 PM

Oleh Mohd Iswandi Kasan Anuar

JAKARTA, 22 Jan -- Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin akan mengadakan lawatan kerja selama tiga hari ke Jakarta mulai Ahad, menurut kenyataan kementerian itu.

Selain bertemu dengan rakan sejawatannya Muhammad Tito Karnavian, Hamzah dijadual mengadakan pertemuan berasingan dengan Menteri Tenaga Manusia, Ida Fauziyah dan Menteri Luar, Retno Marsudi.

Beliau kemudiannya dijadual bertemu Menteri Laut dan Perikanan, Sakti Wahyu Trenggono selepas pertemuan dengan Menteri Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Yasonna H. Laoly.

Beliau dijangka mengadakan perbincangan meluas mengenai isu berkaitan dalam bidang kuasanya, kata kenyataan itu.

Beliau juga akan menghadiri majlis makan malam bersama diaspora Malaysia ketika berada di sana.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan