KUALA LUMPUR, 19 Jan -- Skuad kriket wanita kebangsaan menerima kekalahan kedua secara berturut-turut pada saingan Kelayakan Sukan Komanwel 2022 Majlis Kriket Antarabangsa (ICC) selepas tewas kepada Scotland pada perlawanan di Kinrara Oval, Puchong hari ini.
Scotland menang dengan 31 larian selepas mencatat 148 larian dengan kehilangan lima wiket untuk mengatasi Malaysia yang sekadar melakukan 117 larian dengan kehilangan lapan wiket.
Ia merupakan kemenangan pertama Scotland dalam kempen kelayakan yang dijalankan secara gelembung sukan selepas tunduk di tangan Sri Lanka pada aksi pertama semalam.
Malaysia juga tewas kepada Bangladesh pada aksi pembukaan semalam sekali gus merencatkan peluang skuad negara untuk beraksi pada temasya Sukan Komanwel 2022 di Birmingham, United Kingdom.
Bangladesh pula meneruskan rentak kemenangan apabila mengalahkan Kenya dengan 80 larian dalam satu lagi aksi di venue sama.
Saingan kelayakan bermula 16 hingga 25 Jan itu disertai lima negara yang memburu slot tunggal acara T20 Wanita di Sukan Komanwel 2022.
Malaysia dijadual menentang Sri Lanka pada 22 Jan dan menamatkan saingan berdepan Kenya pada 23 Jan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial