EKONOMI

Anak syarikat Nestcon terima kontrak bernilai RM188.5 juta

19/01/2022 07:44 PM

KUALA LUMPUR, 19 Jan -- Anak syarikat milik penuh Nestcon Bhd, Netcon Builders Sdn Bhd telah diberikan kontrak bernilai RM188.5 juta daripada Konsortium Exsim Development Sdn Bhd (KED) untuk pembangunan bangunan kediaman.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu berkata kontrak itu melibatkan pembinaan bangunan 39 tingkat yang merangkumi 608 unit suite pangsapuri dan tiga unit kedai runcit di Jalan Klang Lama, Petaling Jaya.

Menerusi kontrak itu, Netcon Builders akan menjalankan reka bentuk, pembinaan, penyiapan, pengoperasian, penyelenggaraan dan jaminan (serah kunci) untuk kerja asas, kerja substruktur, kerja bangunan utama dan kerja infrastruktur bagi projek pembangunan itu.

“Tempoh keseluruhan kontrak projek ini adalah dalam masa 36 bulan daripada tarikh permulaan dan dijangka siap untuk diserahkan sebelum 18 Jan, 2025.

“Tempoh liabiliti kecacatan projek ini mestilah 27 bulan daripada tarikh Sijil Perakuan Siap Kerja projek,” katanya.

Nestcon berkata projek ini dijangka menyumbang secara positif kepada aset bersih sesaham, perolehan sesaham dan tahap kadar hutang syarikat bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2022 dan sepanjang tempoh projek.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan