JENAYAH & MAHKAMAH

Polis kesan sekumpulan individu pukul lelaki di pusat beli-belah

18/01/2022 07:58 PM

IPOH, 18 Jan  -- Polis sedang mengesan sekumpulan individu yang dipercayai terlibat dalam kes memukul seorang lelaki di sebuah pusat beli-belah di Ipoh yang tular dalam media sosial.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata pihaknya mengesan satu video berdurasi satu minit lima saat memaparkan kejadian seorang lelaki dipukul sekumpulan individu lain dipercayai berlaku di dalam sebuah pusat beli-belah seperti yang disebarkan pemilik akaun Facebook bernama 'Melvin Zheng Wenxin'.

"Polis Daerah Ipoh ingin mengesahkan bahawa satu laporan polis telah diterima dan kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.

Beliau berkata sehubungan itu, orang awam disarankan supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes ini kerana ia akan menjejaskan siasatan pihak polis.

Yahaya berkata pihaknya turut menyeru mangsa dalam kes ini dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian tersebut untuk tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh atau menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan ASP Norshaharah Marzuki menerusi talian 012-5077026 bagi membantu siasatan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan