KUALA LUMPUR, 30 Dis -- Kerajaan bersetuju meluluskan kemudahan cuti tugas khas perubatan dan cuti Tibi kepada pegawai perubatan, pergigian dan farmasi kontrak.
Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Datuk Mohd Shafiq Abdullah berkata pemakluman mengenai kelulusan pemanjangan kemudahan ini telah diterima daripada Jabatan Perkhidmatan Awam pada 27 Dis lepas.
“Pemakluman itu menjelaskan kelulusan dan pelaksanaan kemudahan Cuti Tugas Khas Perubatan serta Cuti Tibi, Kusta dan Barah kepada pegawai perubatan, pergigian dan farmasi kontrak,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Shafiq berkata selaras dengan pemakluman itu, surat edaran telah pun dikeluarkan bagi menjelaskan kelulusan dan pelaksanaan kemudahan cuti tersebut kepada semua Ketua Jabatan di bawah Kementerian Kesihatan.
Sebelum ini, ciapan yang dimuat naik melalui akaun Twitter HartalDoktorKontrak mempersoalkan berhubung kemudahan cuti bagi penyakit-penyakit berkenaan kepada pegawai perubatan kontrak.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial