AM

POLIS KELANTAN KUTIP BAYARAN SAMAN RM1.4 JUTA DALAM TEMPOH TIGA HARI

11/12/2021 08:00 PM

KOTA BHARU, 11 Dis -- Sejumlah RM1.4 juta bayaran saman diterima polis Kelantan atas pelbagai jenis kesalahan trafik yang dibayar orang ramai, dalam tempoh tiga hari sejak 9 Dis lepas berikutan pengurangan diskaun yang diberikan sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.

Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata jumlah terbabit adalah bayaran bagi 26,618 Saman Pol 170A dan 31,163 bagi Saman Pol 257.

Beliau berkata pada 2021 terdapat sebanyak 121,606 saman yang telah dikeluarkan dengan nilai saman sebanyak RM321,010, dan daripada jumlah itu 37,512 saman telah dibayar.

Katanya saman tertunggak pada 2021 pula adalah sebanyak 84,094 iaitu 69 peratus daripada keseluruhan saman yang dikeluarkan.

“Untuk makluman sejak 2017 hingga hari ini, sebanyak 718,680 saman telah dikeluarkan Polis Kelantan untuk pelbagai kesalahan dengan nilai saman sebanyak RM3.24 juta.

Jumlah saman yang dibayar dalam tempoh itu adalah 318,251, manakala saman tertunggak pula sebanyak 400,429 saman,” katanya kepada pemberita selepas meninjau Kaunter Bayaran Saman Trafik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di sini, hari ini.

Shafien berkata kesalahan paling ketara atau saman yang telah dikeluarkan adalah melibatkan kesalahan memandu melebihi had laju dan kesalahan melibatkan lesen memandu sama ada tidak memiliki lesen, lesen tamat tempoh atau tidak membawa lesen.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan