SUKAN

UiTM juarai Kejohanan Golf Antara Universiti Awam ke-48

09/12/2021 03:20 PM

KUALA LUMPUR, 9 Dis -- Universiti Teknologi Mara (UiTM) muncul juara Kejohanan Golf Antara Universiti Awam Malaysia ke-48 yang berlangsung di Kelab Golf Kota Permai, Kelab Golf Glenmarie dan Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam, pada 7 hingga 8 Dis.

UiTM menjulang kejuaraan selepas merangkul dua pingat emas, tiga perak dan dua gangsa pada kejohanan yang disertai 296 pemain mewakili warga kerja 15 universiti dalam empat kategori - gross, nett, VVIP dan jemputan.

Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) masing-masing meraih dua emas, manakala Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) meraih satu emas dan dua perak, diikuti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan dua perak dan satu gangsa. 

UiTM selaku tuan rumah bagi kejohanan kali ini menerusi kenyataan memaklumkan Naib Canselor UiTM  Prof Dr Roziah Mohd Janor berharap agar kejohanan golf itu diteruskan pada masa akan datang demi memperkukuh hubungan serta rangkaian antara pemain golf dalam kalangan staf universiti awam.

Beliau berkata pertandingan tersebut menjadi arena permuafakatan warga universiti awam untuk berkongsi pendapat dan kepakaran secara lebih inklusif bagi memacu kualiti pendidikan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan