AM

Komunikasi digital penting sebagai ejen perpaduan rakyat - Abang Johari

07/12/2021 03:29 PM

KUCHING, 7 Dis  -- Komunikasi digital bukan sahaja penting dalam mengubah kehidupan masyarakat masa kini malah ia turut berperanan sebagai ejen perpaduan rakyat, kata Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata bagaimanapun, maklumat yang disalurkan menerusi komunikasi digital perlu dipantau kerana ada yang tidak baik untuk perpaduan masyarakat.

“Ini adalah komunikasi, orang ramai berkomunikasi secara digital… maklumat yang anda dapat mungkin menarik dari sudut tertentu, ia juga mungkin baik atau sebaliknya.

“Bukan ingin mengawal tetapi kita (kerajaan) perlu memantau maklumat yang dimuat naik ke dalam mod baharu komunikasi,” katanya sambil menambah secara keseluruhan, komunikasi digital kini memainkan peranan yang lebih mendalam bagi pembangunan kebudayaan, pelancongan, pendidikan dan kesihatan rakyat.

Abang Johari berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Newsletter CommUnity, Yayasan Perpaduan Sarawak di Wisma Bapa Malaysia di sini hari ini.

Turut hadiri Ketua Eksekutif Yayasan  Perpaduan Sarawak Datuk Aloysius J. Dris.

Menurut Yayasan Perpaduan Sarawak, CommUnity Newsletter diterbitkan untuk memaparkan kepentingan konsep komunikasi dan idea penyatuan atau perhubungan yang harmoni, bukan hanya di Sarawak tetapi merangkumi seluruh negara.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan