KUALA LUMPUR, 2 Dis -- Westports Holdings Bhd akan menggantikan Hap Seng Consolidated Bhd sebagai konstituen FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Bursa Malaysia dan FTSE Russell, dalam satu kenyataan bersama hari ini, berkata perubahan ini dibuat berikutan kajian semula separuh tahunan Siri Indeks FTSE Bursa Malaysia.
Kenyataan itu berkata, senarai rizab FBM KLCI, yang terdiri daripada lima bukan juzuk tertinggi indeks mengikut permodalan pasaran, ialah Inari Amertron, QL Resources, Malaysia Airports, Malaysian Pacific Industries dan ViTrox.
"Senarai rizab akan digunakan jika satu atau lebih juzuk dipadamkan daripada FBM KLCI berikutan peraturan asas indeks dalam tempoh sehingga kajian semula separuh tahunan berikutnya," katanya.
Menurut kenyataan itu, Allianz Malaysia, CTOS Digital, Dufu Technology Corp, Eco World Development Group, GHL Systems, Hong Seng Consolidated dan SAM Engineering & Equipment (M) telah ditambah ke dalam Indeks FTSE Bursa Malaysia Mid 70.
“Sementara itu, Heineken Malaysia, IGB Real Estate Investment Trust, Malakoff, MMC Corp Bhd, Sime Darby Property, Westports Holdings dan YTL Power International akan dikeluarkan daripada indeks,” katanya.
Selain itu, katanya, semua perubahan konstituen berkuat kuasa pada permulaan perniagaan pada Isnin, 20 Disember 2021, dan kajian semula seterusnya akan dilakukan pada Jun 2022.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial