BERITA TERGEMPAR | Malaysia hopes ASEAN-Canada Free Trade Agreement negotiations can be concluded soonest possible for mutual benefit - PM Anwar | |
KUALA LUMPUR, 1 Dis -- Indonesia secara rasmi telah menyatakan hasrat untuk menganjurkan Sukan Para ASEAN Ke-11 2021 di Solo, Indonesia, tahun depan bagi memastikan kesinambungan temasya dwitahunan itu, susulan tindakan Vietnam menarik diri daripada penganjuran temasya tersebut.
Temasya itu sebelum ini dijadualkan di Hanoi bulan ini.
Persekutuan Sukan Para ASEAN (APSF) dalam kenyataan hari ini berkata keputusan itu diambil pada mesyuarat tergempar Lembaga Gabenor APSF (BoG) yang berlangsung secara maya selepas majoriti anggota BoG bersetuju untuk melantik hos alternatif Sukan 2021 itu.
“BoG telah memberi Indonesia sehingga akhir bulan ini untuk menyerahkan semua dokumen yang diperlukan, keperluan dan pelan persediaan untuk mengambil alih tugas penganjuran tersebut.
“Perbincangan teliti yang meliputi aspek persiapan termasuk penempatan, klasifikasi, doping, isu sukan dan teknikal, fasiliti, langkah-langkah kesihatan dan keselamatan COVID-19 akan dilaksanakan oleh APSF. BoG akan berjumpa semula pada 14 Jan 2022 untuk memutuskan perkara tersebut,” menurut kenyataan itu.
Mesyuarat itu, yang dipengerusikan Naib Presiden Jawatankuasa Paralimpik Kebangsaan (NPC) Kemboja, Yi Veasna, turut membincangkan syarat baharu APSF untuk pemegang-pemegang jawatan.
BoG bersetuju untuk mengadakan pemilihan pada edisi sukan itu selepas ini iaitu kali ini di Solo sekiranya Indonesia mendapat persetujuan daripada pihaknya untuk menganjurkan temasya itu tahun depan.
Sementara itu, mengenai perkembangan APG ke-12 di Kemboja pada 2023, BoG menganggap persiapan termasuk penubuhan jawatankuasa penganjuran yang relevan, fasiliti sukan, venue dan stadium, serta pemasaran, pelancaran logo dan penjenamaan sudah pun berjalan.
“Kita mengharapkan sokongan dan bantuan daripada negara anggota untuk memastikan temasya itu berjalan lancar memandangkan ini adalah kali pertama Kemboja menganjurkan temasya sukan yang berskala besar,” kata Yi Veasna.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial