BRUSSELS, 27 Nov -- Varian baharu COVID-19 dikenali B.1.1.529 telah dikesan di Belgium, kata Menteri Kesihatan dan Hal Ehwal Sosial Franck Vandenbroucke pada Jumaat lapor Agensi Berita Xinhua.
Menerusi dua sampel suspek yang dianalisis pihak berkuasa kesihatan mendapati satu daripanya disahkan virus B.1.1.529.
Belgium pada Jumaat memutuskan untuk menangguhkan penerbangan dari negara selatan benua Afrika selaras dengan syor Suruhanjaya Eropah.
Pengembara Belgium yang pulang dari negara di selatan Afrika dan negara lain yang berdekatan mesti menjalani kuarantin 10 hari.
Beberapa negara di Eropah, terutamanya United Kingdom, Jerman dan Itali, telah pun memutuskan menutup sempadan dengan rantau itu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial