AM

Orang Asli sudah mampu jadi imam, bilal

25/11/2021 08:00 PM

PUTRAJAYA, 25 Nov -- Penghayatan fardu ain dalam kalangan Orang Asli yang memeluk Islam semakin meningkat dengan ada antara mereka sudah mampu menjadi imam dan bilal di surau kampung masing-masing, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary.

Berucap pada Simposium Pendakwah dan Kepimpinan Orang Asli 2021 hari ini, beliau berkata terdapat 365 surau di perkampungan Orang Asli dan 34 daripadanya merupakan masjid serta surau diri Jumaat.

"Ini membuktikan syiar Islam sudah berdiri dan tersebar luas ke pelosok belantara," katanya.

Ahmad Marzuk berkata latihan dan kursus bagi imam dan bilal Orang Asli sentiasa diadakan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri serta pertubuhan bukan kerajaan bagi memantapkan bacaan dalam solat atau penyampaian khutbah Jumaat.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan