MOSCOW, 25 Nov -- Sekurang-kurangnya lapan orang maut manakala 17 lagi cedera dalam kejadian letupan bom kereta oleh pengebom bunuh diri di sini Khamis, kata polis.
Seorang pegawai polis berkata penyerang itu menyasarkan konvoi yang mengiringi pasukan keselamatan asing, berhampiran sebuah sekolah di daerah Hodan, Mogadishu dan angka korban mungkin meningkat.
"Kejadian berlaku di hadapan sekolah Muasir dan kanak-kanak adalah antara yang terkorban," kata pegawai polis itu kepada Xinhua.
Militan Al-Shabab mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial