IPOH, 24 Nov -- Sebanyak 94 penduduk daripada 27 keluarga di Chikus, kira-kira 80 kilometer dari sini, ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) di sini petang tadi.
Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia negeri Perak berkata mangsa berasal dari lima lokasi yang dilanda banjir iaitu Kampung Sungai Rambai, Kunci Air 12 Headwork, Kampung Tanjung Keramat, Sungai Kucing dan Sungai Seluang.
"Kesemua mangsa banjir dipindahkan ke PPS MPTI yang dibuka sejak 3 petang tadi selepas banjir dipercayai mula berlaku pada kira-kira 12 tengah hari.
"Kesemua 94 mangsa banjir terdiri daripada 32 lelaki dewasa, 28 wanita dewasa, 25 kanak-kanak lelaki dan sembilan kanak-kanak perempuan," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia pula berkata paras air banjir di semua lokasi terlibat mencecah 0.9 meter.
"Kesemua mangsa berpindah sendiri. Operasi pemantauan dilakukan di lokasi kejadian dari semasa ke semasa," katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial