EKONOMI

TIV pada akhir tahun akan kekal pada paras semasa - CGS-CIMB Research

24/11/2021 03:24 PM

KUALA LUMPUR, 24 Nov -- CGS-CIMB Research menjangka jumlah keseluruhan industri (TIV) industri automotif pada November dan Disember 2021 akan kekal pada paras semasa berdasarkan pelancaran model baharu, promosi akhir tahun dan tempahan yang tertunggak.

Firma itu turut mengekalkan pendirian neutralnya terhadap industri, dengan Sime Darby sebagai pilihan utamanya berdasarkan pendedahan geografinya yang pelbagai dan sebagai proksi kepada harga arang batu kok yang kukuh.

“TIV meningkat 43 peratus bulan ke bulan kepada 63,489 unit pada Oktober berbanding 44,275 unit pada September berikutan jualan segmen kenderaan penumpang dan kenderaan komersial (CV) yang tinggi, apabila syarikat meningkatkan pengeluaran dan penghantaran kenderaan untuk memenuhi tempahan yang tertunggak.

“Jumlah pengeluaran turut naik 42 peratus bulan ke bulan kepada 65,410 unit, merupakan jumlah pengeluaran bulanan tertinggi setakat ini pada tahun ini,” menurut CGS-CIMB Research dalam nota penyelidikan hari ini. 

Sementara itu, bahagian pasaran Perodua merosot 4.4 mata peratusan tahun ke tahun kepada 38.4 peratus setakat ini pada tahun ini berikutan penurunan jumlah jualan sebanyak 14.5 peratus tahun ke tahun disebabkan sekatan pergerakan dan kekurangan cip. 

Proton mencatatkan penurunan jumlah jualan yang kecil sebanyak 0.6 peratus tahun ke tahun dalam tempoh 10 bulan pertama 2021, sebahagian besarnya berikutan sumbangan yang lebih tinggi daripada segmen SUV, membantu mengimbangi jumlah jualan yang rendah dalam segmen kereta penumpang dan MPV.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan