ALOR SETAR, 24 Nov -- Mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 92 orang daripada 25 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 58 orang daripada 12 keluarga, petang semalam.
Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mohd Muaz Mohd Yusof berkata kesemua mangsa terbabit ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Kubang Pasu dan Kota Setar.
"PPS di daerah Kota Setar iaitu di SK (Sekolah Kebangsaan) Gunung dibuka pada 10 malam tadi dengan menempatkan 39 mangsa daripada 14 keluarga," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Muaz berkata di daerah Kubang Pasu pula sebanyak 22 mangsa daripada empat keluarga berada di PPS Dewan Kampung Lahar manakala di PPS Dewan Kampung Tradisi Lembah Keriang pula terdapat 31 mangsa daripada tujuh keluarga.
Beliau berkata mangsa banjir di daerah Kubang Pasu merangkumi penduduk dari Kampung Lahar, Kampung Paya Tok Keong dan Kampung Nang Mah.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial