KUALA LUMPUR, 20 Nov -- Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) akan menghantar seramai 13 atlet berbanding 30 yang berada dalam senarai awal untuk bertanding pada Sukan Para Remaja Asia (AYPG) 2021, yang dijadual berlangsung dari 2 hingga 6 Dis di Manama, Bahrain.
Presiden MPM Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata pengurangan bilangan kontinjen yang akan berangkat pada 28 Nov itu adalah disebabkan protokol pemilihan atlet yang ketat oleh pihaknya dan Majlis Sukan Negara (MSN) ekoran pandemik COVID-19.
“Beberapa atlet terpaksa digugurkan kerana prestasi tidak memenuhi kriteria diperlukan untuk acara sukan yang dianjurkan dan ada juga atlet dan kakitangan kami yang disahkan positif COVID-19,” katanya.
Beliau berkata demikian di media MPM mengumumkan perkembangan terkini mengenai Sukan Para Asia (APG) 2022 di Hangzhou, China, AYPG 2021 dan pembatalan Sukan Para ASEAN 2021, di sini, hari ini.
Di Bahrain, kontinjen Malaysian akan mengambil bahagian dalam enam jenis sukan iaitu olahraga, badminton, boccia, renang, pingpong dan powerlifting.
Malaysia menyertai AYPG sejak edisi pertamanya di Tokyo pada 2009 dan menjadi tuan rumah pada edisi 2013.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial