AM

Kadar kebolehpasaran graduan UMK meningkat setiap tahun

20/11/2021 05:32 PM

BACHOK, 20 Nov -- Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Tengku Mahkota Kelantan Dr Tengku Muhammad Faiz Petra melahirkan rasa bangga dengan peratusan tinggi kadar kebolehpasaran siswazah universiti itu yang meningkat setiap tahun.

Baginda turut melahirkan rasa bangga dengan melihat perkembangan UMK yang telah mencapai banyak kejayaan dan semakin gah di persada dunia. 

“Beta berdoa agar UMK, akan mendapat tempat yang gemilang dalam anugerah Keusahawanan Kementerian Pengajian Tinggi nanti,” titah baginda pada Istiadat Konvokesyen Kali ke 10 dan 11 di UMK Kampus Bachok, di sini hari ini.

Turut mengiringi baginda ialah isteri Cik Puan Sofie Louise Johansson dan Tengku Temenggong Kelantan Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz, dan istiadat turut dihadiri Pro Canselor UMK Tan Sri Datuk Dr Asiah Abu Asmah dan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Dr Nik Maheran Nik Muhammad berkata kadar kebolehpasaran graduan UMK sehingga Mac tahun ini merekodkan sebanyak 90.6 peratus.

“Peratusan ini merangkumi mereka yang bekerja sendiri, menjadi pekerja bebas atau freelancer dan menjadi majikan. Selain itu UMK juga berjaya menghasilkan 14.8 peratus graduan usahawan pada tahun 2020.

“Selain itu, buat julung kali dalam sejarah penubuhan UMK, pada tahun 2020 universiti ini telah tersenarai sebagai universiti terbaik dalam kelompok 551-600 di Asia daripada QS World University Rankings dan kejayaan ini juga berulang pada tahun 2021,” katanya.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan