IPOH, 15 Nov -- Pelaksanaan Program Jiwa Murni (PJM) Kementerian Pertahanan di Perak melibatkan 15 buah rumah warga veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjaya diselesaikan sepenuhnya pada 5 Nov lepas.
Markas Briged Kedua Infantri dalam kenyataan memaklumkan 14 rumah telah dibaik pulih manakala sebuah rumah dibina baharu secara berperingkat bermula 6 Sept lepas hasil kolaborasi antara Kementerian Pertahanan dan 4 Divisyen di bawah Pemerintahan Markas Medan Barat.
“Pelaksanaan projek ini di Batu Kurau, Selama, Lenggong, Gerik, Kuala Kangsar dan Ipoh dapat disiapkan mengikut masa yang ditetapkan melibatkan pelbagai jenis senggaraan dan naik taraf,” menurut kenyataan itu hari ini.
Sebanyak RM5,000 hingga RM10,000 diperuntukkan untuk kos baik pulih rumah terlibat manakala pembinaan rumah baharu yang bertempat di Kampung Talang Tengah, Rambai Tujuh, Kuala Kangsar pula membabitkan peruntukan berjumlah RM60,000.
Kementerian Pertahanan telah meluluskan peruntukan berjumlah RM1.5 juta bagi melaksanakan PJM tahun ini yang mana 106 projek telah dikenal pasti di seluruh negara melibatkan 28 veteran ATM.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial