WASHINGTON, 15 Nov -- Syarikat hotel keluarga bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menjual hak ke atas Trump International Hotel di Washington DC dengan harga US$375 juta, lapor Sputnik memetik Wall Street Journal.
Merchant Group, syarikat pelaburan yang berpangkalan di Miami CGI itu kini dalam proses mendapat kontrak untuk memperoleh pajakan hotel tersebut, lapor akhbar itu pada Ahad memetik sumber.
Syarikat itu bercadang menyingkirkan nama Trump dan telah mencapai perjanjian dengan Hilton Worldwide Holdings Inc untuk hartanah itu diuruskan Waldorf Astoria daripada kumpulan Hilton.
Urus niaga penjualan hotel Trump itu dijangka selesai pada suku pertama 2022.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial