SHAH ALAM, 8 Nov -- Universiti Teknologi MARA (UiTM) melalui Fakulti Pengurusan Maklumat (FPM) memeterai memorandum perjanjian (MoA) dengan CyberSecurity Malaysia hari ini bagi kerjasama dalam bidang sains maklumat.
UiTM dalam kenyataan memaklumkan, menerusi MoA yang ditandatangani secara maya itu, CyberSecurity Malaysia dan FPM akan berkolaborasi dalam program latihan dan penilaian yang telah dipersetujui secara bersama dan mewujudkan hubungan dua hala berasaskan teknologi sains maklumat.
“MoA ini selaras dengan hala tuju dalam Pelan Strategik UiTM 2025 iaitu ‘jenama global dan kerjasama pintar’ ke arah menjadikan UiTM universiti terkemuka dunia menjelang 2025 dan seiring dengan Pendidikan 5.0 serta keperluan industri yang akan meningkatkan kebolehpasaran graduan,” menurut kenyataan itu.
Menurut UiTM, antara bidang dikenal pasti melalui kerjasama itu adalah pembangunan modal insan yang akan berupaya mengendalikan penyelidikan keselamatan siber dan penilaian privasi bagi melahirkan gradúan sebagai tenaga pakar berpengetahuan serta berkemahiran dalam bidang keselamatan maklumat.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial