AM

Banjir surut, semua mangsa di PPS SK Panchor dibenarkan pulang

07/11/2021 05:48 PM

IPOH, 7 Nov -- Keadaan banjir yang surut dan terkawal membolehkan semua mangsa di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Panchor, di Pantai Remis, dekat Manjung dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Manjung Shamsul Ridzuan Idris berkata operasi PPS berkenaan ditutup sepenuhnya lewat petang ini dengan jabatan dan agensi berkaitan turut diarah mengambil tindakan selanjutnya selepas banjir surut.

Pagi tadi, seramai 72 orang daripada 22 keluarga masih ditempatkan di PPS berkenaan yang dibuka sejak Jumaat selepas kediaman mereka dinaiki air akibat fenomena air pasang besar.

Banjir menyebabkan kawasan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Panchor di daerah itu, dinaiki air setinggi dua meter dan pelbagai agensi melakukan pemantauan di lokasi terbabit.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan