DUNIA

PM Iraq Al-khadimi terselamat dalam serangan dron

07/11/2021 11:16 AM

BAGHDAD, 7 Nov -- Perdana Menteri Iraq Mustafa al-Kadhimi terselamat daripada cubaan membunuhnya selepas kediaman rasminya menjadi sasaran serangan dron pada Ahad, lapor Agensi Berita Xinhua. 

"Sebuah dron cuba menyasarkan kediaman di Zon Hijau di Baghdad dan perdana menteri tidak cedera,” menurut kenyataan pejabat perdana menteri. 

Sejurus selepas serangan itu, al-Kadhimi menerusi Twitter berkata beliau dalam keadaan "baik" dan meminta semua "bertenang demi untuk Iraq."

Sehingga kini tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan