EKONOMI

KeTSA sokong usaha tingkat keselamatan di HSK

01/11/2021 02:50 PM

 

KUALA LUMPUR, 1 Nov  -- Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) menyokong usaha berterusanJabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) meningkatkan aspek keselamatan di denai pendakian dalamkawasan hutan simpanan kekal (HSK).

Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Ali Biju berkata, usaha meningkatkan aspek keselamatan sepertipemasangan tali keselamatan dan papan tanda arah dalamkawasan pendakian memberi impak langsung kepada rakyatyang memilih untuk melakukan aktiviti dalam kawasanekopelancongan selepas Taman Eko Rimba dan Hutan Taman Negeri mula dibuka pada fasa ketiga.

“Penggiat rekreasi juga perlu mengutamakan aspekkeselamatan dalam merancang aktiviti pendakian berisikotermasuk mendapatkan permit masuk dari Jabatan Perhutanansebelum memulakan pendakian,” katanya. 

Beliau berkata sedemikian dalam kenyataan semasamenyertai Program Penilaian Risiko Keselamatan DenaiPendakian di Taman Eko Rimba Gunung Datuk, Rembauanjuran bersama JPSM dan Jabatan Bomba dan PenyelamatMalaysia (JBPM) serta Persatuan Isteri dan Pegawai WanitaJBPM (PERISMA), baru-baru ini.

Program tersebut turut dihadiri oleh ADUN Kota, Datuk Seri Dr Awaludin Said, Timbalan Ketua Pengarah (Operasidan Teknikal) JPSM, Rahim Rani, dan Yang DipertuaPERISMA Kebangsaan Datin Sri Jamilah Hossin. 

Program tersebut turut dihadiri oleh ADUN Kota, Datuk Seri Dr Awaludin Said, Timbalan Ketua Pengarah (Operasidan Teknikal) JPSM, Rahim Rani, Yang Dipertua PERISMA Kebangsaan Datin Sri Jamilah Hossin, Pengarah JBPM Negeri Sembilan, Hamdan Md Ali dan Pengarah Forest Eco Park dan Hutan Taman Negeri, Mohd Yussainy Md Yusop.

Mengulas mengenai pembentangan Bajet 2022, beliauberkata KeTSA menyambut baik peruntukan sebanyak RM15 juta yang diluluskan bagi program pemerkasaanekopelancongan sumber asli ke arah pembangunan komunitisetempat.

Inisiatif itu bakal memacu perkembangan sektor tersebutsecara lestari melalui mekanisme biodiversiti dan khazanahalam semulajadi dengan penglibatan aktif komuniti setempat.

--BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan