AM

JKN Perak tunggu laporan lengkap bedah siasat remaja meninggal dunia selepas vaksinasi

31/10/2021 12:33 AM

IPOH, 30 Okt -- Jabatan Kesihatan Negeri Perak masih menunggu laporan bedah siasat lengkap bagi mengetahui punca sebenar kematian seorang remaja lelaki sehari selepas menerima dos kedua vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gunung Rapat di sini pada 23 Okt lepas.

Pengarah Kesihatan Perak Datuk Dr Ding Lay Ming berkata kesemua sampel tisu dalam badan remaja berusia 15 tahun itu telah dihantar bagi pemeriksaan lanjut Pakar Perubatan Forensik Patologi Hospital Raja Permaisuri Bainun.

"Laporan bedah siasat ini dikategorikan masih belum lengkap kerana terdapat keputusan ujikaji yang belum diterima," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata bedah siasat yang dijalankan pada kira-kira pukul 3.40 petang hari kejadian (24 Okt lepas) mendapati terdapat penyempitan saluran paru-paru (Spontaneous Bronchospasm).

"Beliau juga tidak memaklumkan sebarang masalah atau komplikasi selepas menerima suntikan dos pertama. Pada 24 Okt kira-kira pukul 9.30 pagi sehari selepas suntikan vaksin, beliau ditemui dalam keadaan sesak nafas sebelum tidak sedarkan diri di rumah," katanya.

Katanya remaja itu kemudian dibawa ke sebuah hospital swasta di sini untuk rawatan kecemasan namun disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10.40 pagi.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan