AM

Keputusan SPMU diumum Rabu ini

28/10/2021 06:26 PM

KUALA LUMPUR, 28 Okt -- Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) bagi tahun ini akan dikeluarkan pada Rabu (3 Nov).

Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan calon boleh membuat semakan keputusan secara dalam talian di pautan myresultspmu.moe.gov.my.

"Semakan juga boleh dilakukan menerusi perkhidmatan SMS dengan menaip SPMUNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888.

"Perkhidmatan ini akan diaktifkan mulai pukul 10 pagi pada 3 Nov dan akan ditamatkan pada pukul 6 petang pada 9 Nov," menurut kenyataan itu. 

Bagi calon yang tidak mempunyai capaian Internet pula, mereka boleh berhubung dengan pihak jabatan pendidikan negeri masing-masing untuk mendapatkan keputusan peperiksaan itu.

Seramai 8,077 calon menduduki peperiksaan SPMU tahun ini yang bermula pada 21 hingga 23 Sept lalu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan