BERITA TERGEMPAR | Thailand's Constitutional Court Tuesday suspended PM Paetongtarn pending deliberation of a leaked phone call case | |
KUALA LUMPUR, 28 Okt -- Penilaian awal tapak cadangan baharu bagi pembinaan kemudahan pelupusan kekal (PDF) kilang pemprosesan nadir bumi, Lynas Malaysia Sdn Bhd di sekitar kawasan Perindustrian Gebeng, Pahang mendapati ia diklasifikasikan berisiko rendah dilanda banjir.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba berkata laporan penilaian kesan radiologi (RIA) telah diterima September lepas dan dilaksanakan ekoran kebimbangan berkenaan risiko banjir di sekitar kawasan tersebut.
“PDF telah dikenal pasti di kawasan Perindustrian Gebeng dan kini sedang dalam proses penilaian sebelum diberikan kelulusan pembinaan,” katanya dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Wong Tack (PH-Bentong) yang ingin tahu sekiranya Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) masih berpegang dengan pendirian sisa radioaktif terkumpul di kilang Lynas perlu dipindah segera kerana kawasan tersebut terdedah kepada banjir besar.
Dr Adham berkata ketika ini, kerajaan berpendirian pemindahan sisa radioaktif yang terkumpul boleh disegerakan dengan syarat mempercepatkan pembinaan PDF.
Bagaimanapun katanya sebelum kelulusan pembinaan PDF diberikan, AELB mensyaratkan supaya dua aspek penilaian utama dipatuhi, iaitu RIA dan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA).
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial