DUNIA

Rakyat Malaysia di Sudan selamat, Wisma Putra pantau rapat perkembangan terkini

27/10/2021 09:44 PM

PUTRAJAYA, 27 Okt -- Kesemua 50 rakyat Malaysia di Sudan termasuk 25 pelajar yang berdaftar dengan Kedutaan Malaysia di Khartoum berada dalam keadaan selamat dan pihak kedutaan berhubung rapat dengan mereka.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan, 17 rakyat Malaysia dan seorang staf PETRONAS warganegara Thailand telah ditempatkan sementara di kediaman rasmi duta.

"Kedutaan juga telah menasihatkan rakyat Malaysia yang lain di negara ini untuk mengutamakan keselamatan mereka.

“Kementerian Luar terus memantau rapat perkembangan terkini di Sudan, termasuk demonstrasi yang berlarutan di seluruh negara itu. Kementerian juga sentiasa berhubung dengan Kedutaan Malaysia di Khartoum,” menurut kenyataan itu. 

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular di Sudan boleh menghubungi Kedutaan atau kementerian melalui saluran berikut: Kedutaan Malaysia di Khartoum di talian : +249 99 070 0350, atau  e-mel : mwkhartoum@kln.gov.my atau media sosial : @Malawakil,Khartoum (Facebook) @MYEmbKhartoum (Twitter).

Mereka juga boleh menghubungi WISMA PUTRA di talian 03-88874201/4530 pada waktu pejabat atau di 03-88874570 selepas waktu pejabat.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan