AM

COVID: Hanya 12 kes positif di Sarawak perlukan bantuan pernafasan

27/10/2021 06:31 PM

KUCHING, 27 Okt -- Hanya 12 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Sarawak hari ini mengalami jangkitan paru-paru dan memerlukan bantuan pernafasan, kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).

JPBN dalam kenyataan memaklumkan 768 kes lagi adalah mereka yang tidak bergejala dan bergejala ringan sahaja, ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif adalah 780 kes.

Daerah Kuching dan Miri masing-masing merekodkan 248 kes dan 177 kes, manakala lapan daerah yang lain merekodkan kes dua angka, 25 daerah merekod kes satu angka.

Hari ini sejumlah 23 kes kematian baharu direkodkan dalam tempoh 14 hingga 26 Okt, melibatkan mereka yang berusia lingkungan 39 hingga 87 tahun mempunyai latar belakang penyakit seperti darah tinggi, penyakit paru-paru kronik dan kencing manis.

JPBN turut memaklumkan kluster tamat iaitu kluster Kampung Simpok di Serian dan kluster Sungai Poh di Limbang, setelah 28 hari tidak merekodkan sebarang kes positif COVID-19 melibatkan kluster itu.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan