DUNIA

Perdana Menteri India dijadual sertai Sidang Kemuncak Maya ASEAN-India

26/10/2021 06:54 PM

NEW DELHI, 26 Okt -- Perdana Menteri India Narendra Modi akan menyertai Sidang Kemuncak ASEAN-India ke-18 yang akan diadakan secara maya pada Khamis.

Sidang kemuncak itu akan mengkaji semula status Perkongsian Strategik ASEAN-India dan membincangkan isu seperti COVID-19 dan perdagangan, menurut kenyataan pejabat Perdana Menteri pada Isnin.

Modi juga dijadualkan menghadiri Sidang Kemuncak Asia Timur ke-16 secara maya pada Rabu yang akan dipengerusikan oleh Brunei.

Sidang Kemuncak Asia Timur menghimpunkan para pemimpin ASEAN dan rakan sejawatan mereka dari Australia, China, India, Jepun, New Zealand, Rusia, Korea Selatan dan Amerika Syarikat.

Persidangan itu merupakan "platform penting untuk meneruskan kerjasama praktikal di Indo-Pasifik dengan membina gabungan antara ASEAN Outlook mengenai Indo-Pasifik (AOIP) dan Inisiatif Lautan Indo-Pasifik (IPOI)," kata kenyataan itu.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan