DUNIA

China beri sumbangan dalam tadbir urus kesihatan global: Margaret Chan

22/10/2021 05:19 PM

BEIJING, 22 Okt -- China berjaya mencapai pelbagai kemajuan besar dalam bidang perubatan dan kesihatan sepanjang 50 tahun lepas, kata bekas Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Margaret Chan Fung Fu-chun.

Tahun ini adalah ulang tahun ke-50 pemulihan kerusi keanggotaan sah Republik Rakyat China di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Margaret Chan  menyatakan, sejak lima dekad lepas, China memainkan peranan positif dalam tadbir urus kesihatan global, pembekalan produk awam, serta kerjasama antarabangsa dalam bidang berkenaan.

"Bantuan China sampai ke seluruh pelosok dunia sejurus selepas berlaku penularan pandemik seperti Ebola, ataupun bencana alam termasuk gempa bumi dan tsunami.

"Sebagai entiti ekonomi kedua terbesar, China sentiasa melakukan yang terbaik untuk menjaga keamanan dan pembangunan dunia, selain berkongsi hasil pembangunannya," katanya dalam temu bual eksklusif dengan Kumpulan Media China (CMG).

Beliau turut memuji kesungguhan dan kecekapan kerajaan China dalam menangani penularan wabak COVID-19, dengan meletakkan kesihatan rakyat sebagai keutamaan.

"Berpandukan gagasan komuniti berkongsi nasib sesama insan, China menitikberatkan kolaborasi antarabangsa dalam inovasi teknologi sektor kesihatan awam, sambil aktif memperkasa penyelidikan bersama dengan negara lain," katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan