EKONOMI

CIMB tawarkan pembiayaan hartanah kepada pelanggan Juwai IQI

21/10/2021 02:09 PM

KUALA LUMPUR, 21 Okt -- CIMB Bank Bhd dan CIMB Islamic Bank Bhd menjalin kerjasama dengan Juwai IQI, kumpulan teknologi hartanah terbesar di Asia sebagai bank tempatan pertama menawarkan pembiayaan hartanah kepada pelanggan Juwai IQI di Malaysia.

Dalam kenyataan hari ini, CIMB berkata perkongsian itu turut membolehkan akses langsung kepada rangkaian penyelesaian pelaburan dan manfaat eksklusif CIMB, sekali gus menawarkan pusat sehenti untuk pelbagai keperluan pembiayaan.

Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Islamic Ahmad Shahriman Mohd Shariff berkata bank itu menawarkan penyelesaian patuh Syariah dan mampan kepada pelanggan Juwai IQI, termasuk pembiayaan, takaful, deposit, pelaburan dan perkhidmatan perbankan yang lain.

“Melalui kadar dasar semalaman pada paras rendah 1.75 peratus, pengguna boleh memanfaatkan kadar gadai janji, serta mencari kelas aset lain untuk menjana hasil yang lebih tinggi.

“Kami meramalkan pertumbuhan yang lebih kukuh bagi perniagaan perbankan pengguna kami pada tahun ini dan menjangka permintaan yang lebih tinggi terhadap hartanah di negara ini dan ASEAN secara keseluruhannya, seiring dengan pemulihan ekonomi global,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan