BEIJING, 18 Okt (Bernama) -- China telah memberi sumbangan besar kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sepanjang 50 tahun lepas, menurut Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial PBB bagi Asia dan Pasifik (ESCAP).
Setiausaha eksekutifnya, Armida Salsiah Alisjahbana ketika diwawancara Kumpulan Media China (CMG), berkata ia termasuk dalam menggalakkan pembangunan mampan, menetapkan matlamat keselamatan makanan, menangani perubahan iklim dan pencemaran udara, dan banyak lagi.
Beliau berkata kejayaan China dalam bidang pembasmian kemiskinan dan pembangunan tenaga boleh baharu antara contoh yang boleh diikuti negara-negara lain.
Menyentuh kerjasama antara China dengan negara-negara terlibat menerusi Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), Alisjahbana berpendapat bahawa ia mampu menjana pembangunan ekonomi dan sosial serantau, selain memperhebat peranan ESCAP.
"BRI menumpukan kepada kesalinghubungan yang bukan sahaja merangkumi pengangkutan, tetapi juga teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta infrastruktur digital dan tenaga.
"Justeru, sinergi dan kolaborasi perlu dibentuk antara pelbagai negara secara konsisten, berdaya tahan dan inklusif," katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial