KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Telekom Malaysia Bhd (TM) telah memulakan proses migrasi atau peralihan pelanggan perkhidmatan jalur lebar, unifi kepada protokol internet (IP) peribadi bagi membolehkan mereka menikmati sambungan yang lebih lancar dan selamat.
Dalam kenyataan pada Jumaat, syarikat itu berkata peralihan itu juga disebabkan oleh peningkatan penggunaan internet yang pesat dan menyebabkan kalangan Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP) global mengalami kekurangan alamat IPv4.
“Usaha peralihan itu melibatkan pelanggan unifi yang melanggan pelan pakej 30 megabit sesaat (Mbps), 50Mbps dan 100Mbps dan sedang menggunakan alamat IP IPv4 awam yang dinamik.
“Proses itu akan dijalankan secara jarak jauh dari pihak kami dan pelanggan terbabit tidak perlu melakukan apa-apa atau mengambil sebarang tindakan di peringkat mereka,” katanya.
Bagaimanapun, TM berkata pelanggan yang menggunakan kamera litar berteraskan IP dan hos yang dikenali, tidak akan mengalami sebarang impak kerana dikecualikan daripada langkah peralihan tersebut.
“Aktiviti ini sedang dijalankan dengan gangguan minimum, jika ada pun sekitar 2-5 minit.
“Apabila proses itu selesai, prestasi sambungan internet pelanggan tidak terjejas dan pelanggan yang terbabit akan dimaklumkan dengan lebih awal,” katanya.
Menurut TM, langkah peralihan itu akan memberi lebih jaminan keselamatan kepada pelanggan unifi ketika melayari internet atau menggunakan sebarang peralatan dan aplikasi dalam talian.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial