AM

82 mangsa banjir di Sungai Siput masih ditempatkan di dua PPS

27/09/2021 09:35 PM

IPOH, 27 Sept  -- Seramai 82 mangsa banjir daripada 21 keluarga di Sungai Siput masih ditempatkan di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setakat malam ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata PPS Dewan Lintang telah ditutup dan mangsa banjir dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Rancangan Perumahan Terancang Tok Sirat.

"Setakat ini, seramai 59 orang daripada 14 keluarga ditempatkan di PPS itu manakala seramai 23 mangsa daripada tujuh keluarga pula masih berada di PPS Dewan Sekolah Kebangsaan Lasah," menurutnya dalam kenyataan di sini.

Banjir sedalam hampir satu meter melanda Kampung Chior dan Kampung Tok Sirat di Lasah serta Kampung Lintang pada kira-kira 8.30 malam tadi menyebabkan penduduk terjejas terpaksa dipindahkan ke PPS selepas kediaman mereka dinaiki air.

Bencana itu dipercayai berpunca daripada limpahan air Sungai Plus di Kampung Lintang yang dilaporkan menghampiri paras berbahaya iaitu 54.79 meter setakat petang tadi.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan