GEOGRE TOWN, 26 Sept -- Polis menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes seorang lelaki ditemukan mati dipercayai dipukul rakannya dalam kejadian di tepi jalan depan sebuah kedai runcit di Changkat Minden Height, Gelugor di sini Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata suspek yang berumur lingkungan 41 hingga 57 tahun dan bekerja sebagai buruh ditahan dalam serbuan di Air Itam, Jelutong dan Lebuh Pantai dari 5.15 petang hingga 8.30 malam semalam.
"Tiga lelaki dipercayai rakan kepada mangsa warga tempatan berusia 52 tahun itu ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes pembunuhan yang berlaku akibat perselisihan faham," menurutnya dalam kenyatan hari ini.
Beliau berkata pemeriksaan mendapati dua suspek memiliki rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah manakala ujian air kencing menunjukkan seorang daripada mereka positif dadah.
Katanya ketiga-tiga lelaki direman selama lima hari sehingga 30 Sept ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial