AM

TAMAN TEMA DIJANGKA DIBUKA SEMULA NOVEMBER INI

26/09/2021 06:15 PM

IPOH, 26 Sept  -- Taman tema di seluruh negara dijangka dibuka semula kepada orang ramai selewat-lewatnya November ini, iaitu selepas kadar vaksinasi negara mencapai 90 peratus populasi dewasa.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) Datuk Seri Dr Santhara Kumar berkata kebenaran pembukaan semula taman tema itu tertakluk pada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan, yang kini sedang mengkaji prosedur operasi standard (SOP) berkaitan pembukaan taman tema.

"Pada pendapat saya taman tema ini adalah persekitaran yang dapat dikawal dengan pematuhan SOP yang ketat, berbanding dengan persekitaran di pantai.

"Di samping itu, pemain industri pelancongan ketika ini sudah bersiap sedia sepenuhnya untuk menghidupkan semula sektor pelancongan yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Taman Tema Lost World of Tambun sempena lawatan kerja sehari di sini hari ini.

Khamis lepas, Menteri MOTAC Datuk Seri Nancy Shukri berkata keputusan mengenai pembukaan semula taman tema keluarga bakal diumumkan tidak lama lagi.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan