DUNIA

PBB perlukan pembaharuan, tingkat keberkesanan: PM Ismail Sabri

26/09/2021 12:08 AM

KUALA LUMPUR, 25 Sept -- Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlukan pembaharuan untuk mengukuhkan lagi keberkesanannya selepas melalui perubahan ketara sejak badan dunia itu wujud 75 tahun lalu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata pembaharuan juga diperlukan untuk menjadikan badan dunia itu lebih telus dan meningkatkan lagi kredibilitinya, katanya dalam ucapan sulungnya pada Debat Umum Sesi ke-76 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York hari ini.

"Untuk itu kita mesti bekerjasama mereformasi organisasi dan kita berharap negara anggota akan menunjukkan keterbukaan, fleksibiliti dan keazaman politik demi kepentingan keamanan, keselamatan dan kemakmuran antarabangsa," katanya.

PBB perlu bergerak seiring dengan kepantasan perubahan dunia untuk mendepani krisis yang tidak dijangka, katanya.

-- BERNAMA


 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan