KUALA BERANG, 25 Sept -- Seramai 323,000 individu akan menerima dos ketiga atau dos penggalak vaksin COVID-19 di Terengganu, kata Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Kasemani Embong.
Beliau berkata daripada jumlah itu, seramai 31,000 adalah petugas barisan hadapan kesihatan diikuti 104,000 warga emas dan 188,000 golongan komorbiditi.
"Kita akan mulakan pemberian dos ketiga selepas menerima arahan pelaksanaannya di peringkat negeri. Setakat ini, bekalannya juga mencukupi.
"Penerima dos ketiga ini akan mendapatkan suntikan di pusat pemberian vaksin (PPV) klinik kesihatan atau hospital memandangkan PPV awam dan integrasi akan ditutup pada 15 Okt depan," katanya kepada pemberita selepas meninjau program vaksinasi Orang Asli di Kampung Sungai Berua di sini hari ini.
Semalam, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata garis panduan mengenai proses agihan dos ketiga atau dos penggalak vaksin COVID-19 bakal dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin COVID-19 (JKJAV) minggu depan.
Ketika ini panel pakar perubatan dan kesihatan sedang membangunkan garis panduan pelaksanaan pemberian dos tersebut.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial