AM

PKPD di lima lokaliti di Sabah, Pahang Mulai 26 Sept hingga 9 Okt

24/09/2021 10:22 PM

KUALA LUMPUR, 24 Sept  -- Tiga lokaliti di Sabah dan dua di Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai 26 Sept hingga 9 Okt ini susulan penilaian risiko dan trend jangkitan COVID-19 di kawasan itu.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara Datuk Rodzi Md Saad menerusi kenyataannya di laman Facebook berkata di Sabah, ia melibatkan Kampung Tinongian dan Kampung Karagasan di Ranau serta Base Camp Bornion Timber Sdn Bhd di Batu 46, Tulid, Keningau.

Beliau berkata di Pahang pula, ia membabitkan Rumah Pangsa Jalan Karak, Mentakab serta perkampungan Orang Asli di Pos Lenjang dan Pos Titom, Mukim Ulu Jelai, Lipis.

Sementara itu PKPD di Pos Sinderut Mukim Ulu Jelai, Lipis serta Kampung Pasu dan Kampung Penderas di Kuala Krau, Pahang yang sepatutnya tamat esok dilanjutkan dari hingga 9 Okt.

PKPD di Felda Keratong 5, Rompin, Pahang; Kampung Ulu Groh, Kampar, Perak dan Kampung Kopungit, Kota Kinabalu, Sabah ditamatkan esok seperti yang dijadualkan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan