KUALA LUMPUR, 23 Sept -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah US$116.2 bilion pada 15 Sept, 2021 daripada US$116.3 bilion pada 30 Ogos, 2021.
Dalam satu kenyataan hari ini, bank pusat itu berkata paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.1 bulan import tertangguh dan 1.3 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
BNM berkata komponen utama rizab antarabangsa adalah rizab mata wang asing (US$102.4 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$1.4 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (US$6.1 bilion), emas (US$2.2 bilion) dan aset rizab lain (US$4.1 bilion).
Aset-aset berkenaan merangkumi emas, pertukaran asing dan rizab lain termasuk SDR yang berjumlah sehingga RM483.27 bilion, kertas kerajaan Malaysia (RM11.3 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM912.03 juta), pinjaman dan pendahuluan (RM22.28 bilion), tanah dan bangunan (RM4.16 bilion) dan aset-aset lain (RM15.93 bilion).
Modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar berjumlah RM100 juta, rizab (RM185.17 bilion), mata wang dalam edaran (RM145.48 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM141.95 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM15.85 bilion), lain-lain deposit (RM8.72 bilion), kertas Bank Negara (RM7.04 bilion), peruntukan SDR (RM28.84 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM4.72 bilion).
--BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial