BEIJING, 23 Sept -- China selesai menghantar kesemua rel keluli seberat 38,100 tan ke Indonesia untuk projek pembinaan landasan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Jakarta-Bandung.
Penghantaran itu membabitkan lima fasa bermula November 2020 dan fasa akhir melibatkan bekalan rel keluli seberat 6,600 tan yang selamat sampai di Indonesia pada Selasa.
Landasan HSR Jakarta-Bandung merupakan sebuah projek ikonik Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) serta kerjasama pragmatik China dengan Indonesia.
Rel sepanjang 142.3 kilometer (km) itu akan menghubungkan Jakarta dan Bandung, yang masing-masing merupakan ibu negara dan bandar keempat terbesar Indonesia, dengan kelajuan operasi maksimum mencecah 350 km sejam.
Projek tersebut akan mengurangkan masa perjalanan di antara kedua-dua bandar kepada 40 minit berbanding lebih tiga jam menerusi lebuh raya pada masa ini, sekali gus mendorong pembangunan ekonomi tempatan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial