AM

Lebih 70,000 remaja usia 12 -17 tahun mula terima vaksin COVID-19 di Melaka

22/09/2021 10:51 PM

MELAKA, 22 Sept -- Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja di Melaka bermula secara rasmi semalam membabitkan 24,364 remaja berusia 16 hingga 17 tahun dan 51,182 remaja berusia 12 hingga 15 tahun, kata Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Beliau berkata sehingga pukul 12 tengah hari semalam, 120 (0.94 peratus) remaja berusia 16 hingga 17 tahun telah menerima dos pertama, manakala 27 orang (0.11 peratus) lengkap dua dos.

"Sementara itu, 57 (0.11 peratus) remaja berusia 12 hingga 15 tahun juga menerima dos pertama manakala yang lengkap dua dos pula 16 (0.03 peratus) orang," katanya pada sidang akhbar ketika Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Ditanya mengenai remaja yang lengkap dua dos vaksin walaupun program berkenaan baru dilancarkan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Isnin lepas, Sulaiman berkata ia membabitkan golongan tersebut yang mempunyai kes-kes tertentu terutamanya berkaitan tahap kesihatan mereka.

Dalam pada itu, beliau berkata sebanyak 375 daripada 19,345 guru dan kakitangan sokongan sekolah di negeri itu masih belum menerima vaksin.

Isnin lepas, Khairy dilaporkan berkata PICK Remaja dimulakan secara rasmi dengan menyasarkan penglibatan 3.2 juta remaja berusia 12 hingga 17 tahun.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan