EKONOMI

Advancecon bida projek bernilai RM1.7 bilion 

21/09/2021 10:47 PM

KUALA LUMPUR, 21 Sept -- Advancecon Holdings Bhd membida projek bernilai RM1.7 bilion, merangkumi kerja-kerja tanah, kejuruteraan awam untuk pembangunan infrastruktur, kediaman dan komersial di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Pakar kerja tanah dan kejuruteraan awam itu berkata potensi memperoleh tender baharu itu akan menambah kepada nilai perolehan kontrak tertunggak kumpulan sebanyakRM748.5 juta, yang mana 32.0 peratus daripadanya merangkumi kerja bagi projek di Sarawak, termasuk Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak, jalan baharu di bawah Agensi Pembangunan Upper Rajang dan kompleks pengeluaran besi dan keluli Wenan Steel.

“Perolehan lain dalam nilai perolehan kontrak kumpulan antaranya adalah kerja bagi Lebuh Raya Pantai Barat (31.1 peratus), Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang membentul 23.8 peratus, dan lain-lain projek kediaman dan infrastruktur yang menyumbang kepada baki 13.0 peratus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Phum Ang Kia berkata syarikat itu berkedudukan baik untuk memperoleh tender akan datang, kerana telah membuktikan kemampuannya dalam menjalankan kerja-kerja tanah  dalam skala yang besar dan kerja-kerja kejuruteraan awam untuk pelbagai pembangunan infrastruktur dan komersial.

“Kami percaya pembentangan Rancangan Malaysia ke-12 dan Bajet 2022 oleh kerajaan tidak lama lagi akan terus meningkatkan unjuran sektor pembinaan Malaysia, terutamanya dalam segmen infrastruktur,” katanya. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan