KUALA LUMPUR, 21 Sept -- Be-Hartawan, penyedia kelas kewangan atas talian bakal menganjurkan Cakna Kewangan Summit 2021 (CKS21) bagi tahun kedua berturut-turut pada 22 hingga 24 Oktober 2021.
Program anjuran bersama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan CGS-CIMB Securities itu akan menampilkan penceramah yang pakar dalam bidang masing-masing sebagai usaha meningkatkan tahap celik kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia.
"CKS21 ini bertujuan untuk mewujudkan komuniti yang mempunyai minda yang positif, bantu-membantu antara satu sama lain, dan mempunyai tahap celik kewangan yang baik," kata Be-Hartawan dalam satu kenyataan hari ini.
Menerusi CKS21, para peserta akan mempelajari bagaimana untuk membentuk minda yang berjaya serta memulakan perniagaan atas talian dan luar talian serta melabur dalam pelbagai instrumen kewangan seperti saham, unit amanah, hartanah, mata wang kripto dan lain-lain.
Peserta juga turut didedahkan dengan pengetahuan untuk mengurus kewangan peribadi dan melindungi kekayaan menerusi takaful, hibah dan wasiat.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial