KUALA LUMPUR, 18 Sept -- Berikut adalah penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) hari ini.
1. Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) menafikan kesahihan gambar keadaan orang ramai bersesak di jeti Kuala Perlis seperti ditularkan di media sosial.
MOTAC menjelaskan gambar yang ditularkan itu adalah gambar lama iaitu daripada laporan berita yang disiarkan pada 20 Ogos 2020.
MOTAC juga menegaskan situasi yang digambar itu adalah palsu serta memberi tanggapan negatif berhubung projek rintis Gelembung Pelancongan Langkawi yang sedang berlangsung dan boleh mengganggu ketenteraman orang ramai khususnya penduduk Langkawi.
Orang ramai disaran agar berhenti daripada menyebarkan berita palsu sebaliknya merujuk laman sesawang dan media sosial rasmi MOTAC untuk mendapatkan maklumat yang sahih dan terkini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial