AM

Makan di premis di Zon Selatan dibenar mulai Isnin - JPBN Sarawak

17/09/2021 07:17 PM

KUCHING, 17 Sept -- Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memutuskan makan di premis dibenarkan di semua premis perniagaan makanan di Zon Selatan, bermula Isnin ini.

JPBN Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan kebenaran itu tertakluk kepada beberapa syarat termasuk operator, pekerja dan pelanggan telah mendapat dua dos vaksinasi lengkap COVID-19.

“Selain itu, pemilik premis perniagaan diwajibkan untuk memastikan ventilasi dan pengudaraan adalah mengikut piawaian dikeluarkan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak (MLGH),” menurut kenyataan itu.

Zon Selatan meliputi Daerah Kuching, Bau, Lundu, Samarahan, Asajaya, Simunjan, Serian dan Tebedu.

Jawatankuasa itu juga memaklumkan tempoh operasi perniagaan lain juga dibenarkan beroperasi dari 5 pagi sehingga 10 malam sama seperti waktu operasi premis makanan.

Sementara itu, Sarawak mencatatkan 3,480 kes baharu COVID-19 hari ini selain tiga kematian baharu direkodkan dengan masing-masing di Kuching, Sarikei dan Mukah yang menjadikan angka kematian di Sarawak meningkat kepada 659 orang.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan