AM

Bekas ADUN Jemoreng meninggal dunia akibat komplikasi jantung

17/09/2021 02:06 PM

SIBU,17 Sept -- Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng Abu Seman Jahwi, 64, meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini, pada kira-kira 5 pagi tadi akibat komplikasi sakit jantung.

Isteri Allahyarham, Dayang Normaliza Awang Tambi berkata Abu Seman yang juga Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sebelum itu dibawa ke hospital tersebut untuk rawatan kerana demam panas dan mengadu sakit dada.

Beliau turut menyifatkan Allahyarham suaminya yang meninggalkan empat anak perempuan dan seorang cucu sebagai seorang yang amat memahami, suka menolong, senang dibawa berbicara, penyayang serta periang.

Katanya jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid An-Nur dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kemuyang, di sini selepas solat Jumaat.

Allahyarham Abu Seman merupakan ADUN pertama kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jemoreng sejak mula dipertandingkan pada 2006 namun tidak mempertahankan kerusi tersebut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 untuk memberi laluan kepada bekas mufti Perlis Datuk Dr Juanda Jaya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan